Rabu, 4 November 2026
Terkini
Sarawak

PERANTIS PTS 062 Perkasa 43 Wanita Dayak, Bina Generasi Pemimpin Komuniti

KUCHING: Seramai 43 wanita Dayak daripada pelbagai latar belakang diperkasakan menerusi Program Kepimpinan Wanita dan Pemimpin Akar Umbi Dayak Dalam Tadbir Urus, Pembuatan Keputusan dan Pembangunan Lestari (PERANTIS PTS 062), sebagai usaha melahirkan lebih ramai wanita berkeyakinan dan bersedia memimpin komuniti.

Pengarah Program, Dr Florince Christy berkata, PERANTIS bukan sekadar latihan, tetapi platform membina keyakinan, ilmu, kemahiran kepimpinan, jaringan serta keberanian untuk tampil dalam proses membuat keputusan.

“Empowerment bermula dengan diri sendiri, tetapi tidak sepatutnya berakhir dengan diri sendiri. Kita membina keyakinan dalam diri dan menggunakan keyakinan itu untuk memperkasakan wanita lain.”

Program yang dilancarkan di Menara Dayak Chamber itu dirasmikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri.

Pesertanya terdiri daripada ketua kaum, ketua masyarakat, ahli majlis, wanita dalam politik, guru, jururawat, pegawai kerajaan serta pemimpin NGO dan komuniti, termasuk wanita yang mencatat pencapaian dalam bidang profesional.

Menurut Dr Florince, kejayaan sebenar PERANTIS bukan diukur melalui jumlah peserta, tetapi melalui perubahan yang mereka bawa apabila kembali ke komuniti masing-masing.

Program tiga fasa itu merangkumi kepimpinan akar umbi, tadbir urus, akauntabiliti, komunikasi, penyelesaian konflik, jaringan strategik serta pembangunan Pelan Tindakan Kepimpinan 90 Hari.

Matlamatnya jelas iaitu untuk melahirkan lebih ramai wanita Dayak yang berani mengambil tanggungjawab dan bersedia menyumbang dalam kepimpinan komuniti, perkhidmatan awam, korporat, NGO dan bidang politik.

“Daripada potensi kepada keyakinan, daripada keyakinan kepada tindakan dan daripada tindakan kepada impak.”

PERANTIS PTS 062 membawa mesej bahawa wanita Dayak bukan sekadar penerima pembangunan, tetapi turut mempunyai ruang sebagai penggerak, pembuat keputusan dan pemimpin yang mencorakkan masa depan komuniti Sarawak.

#PERANTISPTS062 #WanitaDayak #PemimpinWanita #WanitaSarawak #KepimpinanWanita #PemimpinAkarUmbi #DayakSarawak #PemerkasaanWanita #SuaraWanita #WanitaBerdaya #KepimpinanKomuniti #GenerasiPemimpin #PembangunanSarawak #SarawakMajuMakmur #SarawakSegulaiSejalai #SarawakFirst #SarawakMaju #AnakSarawak #Kuching #TheGreatHornbill

Perbincangan

Tinggalkan komen

E-mel anda tidak akan disiarkan. Sila berbudi bahasa.

Berita Sarawak, terus ke peti mel anda.

Ringkasan pagi setiap hari bekerja. Tiada spam, berhenti bila-bila masa.

Berkaitan

Lagi Sarawak