Persiapan Kaul Mukah 2027 Mula Diselaras, Warisan Melanau Terus Diperkasa

MUKAH: Persiapan awal bagi Kaul Mukah 2027 mula digerakkan menerusi Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kaul Mukah 2027 yang berlangsung di Pusat Pentadbiran Baharu, Bahagian Mukah, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.57 Tellian, Royston Valentine hadir pada mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi Persatuan Melanau Mukah, Abdul Yakub Arbi.
Mesyuarat berkenaan menjadi platform penting bagi menyelaras perancangan, persiapan serta pengisian program supaya penganjuran Kaul Mukah 2027 dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, tersusun dan bermakna.
Usaha tersebut turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan Pesta Kaul Mukah kekal sebagai antara warisan budaya penting yang melambangkan identiti serta jati diri masyarakat Melanau.
Selain memelihara tradisi untuk diwariskan kepada generasi akan datang, penganjuran Kaul Mukah juga berpotensi memperkukuh sektor pelancongan serta merancakkan ekonomi setempat menerusi kehadiran pengunjung dan peningkatan aktiviti perniagaan.
Dengan perancangan awal serta kerjasama erat semua pihak, Kaul Mukah 2027 diharap terus menjadi wadah yang bukan sahaja meraikan keunikan budaya Melanau, malah mengangkat Mukah sebagai destinasi pelancongan budaya yang signifikan di Sarawak.
#KaulMukah2027 #KaulMukah #Mukah #WarisanMelanau #BudayaMelanau #RoystonValentine #Tellian #WarisanSarawak
Berita Sarawak, terus ke peti mel anda.
Ringkasan pagi setiap hari bekerja. Tiada spam, berhenti bila-bila masa.



Perbincangan