Rabu, 4 November 2026
Terkini
Sarawak

RM193,000 Bantuan Bencana Disalur Kepada 127 KIR Terjejas Ribut Di Kuching

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyalurkan bantuan bencana berjumlah RM193,000 kepada 127 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat kejadian ribut di Kuching baru-baru ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bantuan tersebut melibatkan 75 KIR di kawasan MBKS berjumlah RM103,000, 24 KIR di Kampung Tanjung Bako sebanyak RM31,500 serta 28 KIR di Kampung Bintawa Hilir, Kampung Muhibah dan kawasan lain berjumlah RM58,500.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Ribut Kuching Tahun 2026 di Wisma Kebajikan, hari ini.

Menurut Fatimah, Kerajaan Sarawak turut meningkatkan kadar bantuan bencana bagi memastikan bantuan yang diberikan lebih bersesuaian dengan keperluan semasa mangsa.

Antaranya, bantuan bahan binaan dinaikkan daripada RM5,000 kepada sehingga RM10,000 bagi setiap rumah, manakala bantuan perniagaan kecil disediakan sehingga RM6,000.

Bantuan lain merangkumi peralatan dapur, pakaian sekolah, wang saku, pakaian harian, makanan kering serta kelengkapan tidur.

Sepanjang tahun ini, JKM Sarawak merekodkan 104 kes ribut di Kuching melibatkan 119 KIR dan 378 mangsa, dengan perbelanjaan bantuan sebanyak RM205,700.

Dalam menangani kesan kemarau dan gangguan bekalan air pula, sebanyak 10,298 kotak air telah diagihkan kepada penduduk terjejas.

Penyaluran serta peningkatan kadar bantuan berkenaan mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Sarawak pimpinan GPS dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial serta memastikan kebajikan rakyat yang terjejas akibat bencana diberi perhatian sewajarnya.

#KerajaanSarawak #GPS #SarawakMajuMakmur #RakyatDidahulukan #KebajikanRakyat #BantuanBencana #BantuanRibut #MangsaRibut #JKMSarawak #FatimahAbdullah #Kuching #Sarawak #PrihatinRakyat #JagaSarawakIntuSarawak #TheGreatHornbill

Perbincangan

Tinggalkan komen

E-mel anda tidak akan disiarkan. Sila berbudi bahasa.

Berita Sarawak, terus ke peti mel anda.

Ringkasan pagi setiap hari bekerja. Tiada spam, berhenti bila-bila masa.

Berkaitan

Lagi Sarawak