Rabu, 23 September 2026
Terkini
Sarawak

Kanowit Catat IPU Tertinggi Sarawak 226 Setakat 4 Petang, 14 Kawasan Lain ‘Tidak Sihat’

KUCHING: Kanowit merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak iaitu 226 setakat jam 4 petang hari ini, sekali gus meletakkan daerah itu dalam kategori ‘Sangat Tidak Sihat’.

Menurut Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), sebanyak 14 daripada 21 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap ‘Tidak Sihat’, manakala enam lagi mencatatkan bacaan ‘Sederhana’.

Selain Kanowit, bacaan tertinggi dalam kategori ‘Tidak Sihat’ direkodkan di Sibu dan Betong masing-masing pada 175, diikuti Sri Aman dan Mukah (172), Sarikei (160), Kuching dan Serian (159), Lubok Antu (158), Belaga (157), Samarahan (155), Bintulu (154), Samalaju (153) serta ILP Miri (121).

Kapit turut mencatatkan bacaan IPU pada tahap ‘Tidak Sihat’ iaitu 104.

Sementara itu, kualiti udara pada tahap ‘Sederhana’ direkodkan di Miri dan Tebedu (96), Lundu (86), Limbang (85), Lawas (74) serta Bario (65).

Setakat jam 4 petang, tiada stesen pemantauan merekodkan bacaan IPU dalam kategori ‘Berbahaya’ atau ‘Sangat Berbahaya’.

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai ‘Tidak Sihat’, manakala bacaan antara 201 hingga 300 diklasifikasikan sebagai ‘Sangat Tidak Sihat’.

#JerebuSarawak #Kanowit #IPUSarawak #Sarawak #KualitiUdara #UdaraTidakSihat #SangatTidakSihat #JagaKesihatan #UtamakanKesihatan #JagaDiriJagaKeluarga #Kuching #Sibu #Betong #SriAman #Mukah #Sarikei #Serian #Samarahan #Bintulu #Miri #InfoSarawak #BeritaSarawak #SarawakNews #SarawakUpdate #SarawakTetapKuat #TheGreatHornbill

Perbincangan

Tinggalkan komen

E-mel anda tidak akan disiarkan. Sila berbudi bahasa.

Berita Sarawak, terus ke peti mel anda.

Ringkasan pagi setiap hari bekerja. Tiada spam, berhenti bila-bila masa.

Berkaitan

Lagi Sarawak