Awang Tengah Pacu Projek Air RM160.8 Juta, Pertingkat Kestabilan Bekalan Air Lawas

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, terus memperkukuh agenda pembangunan rakyat menerusi Projek Loji Rawatan Air Pengalih Lakutan bernilai RM160.68 juta, yang bakal meningkatkan kestabilan bekalan air terawat di Lawas.
Projek strategik itu mempunyai kapasiti awal 20 juta liter sehari (JLH) dan boleh ditingkatkan sehingga 60 JLH, bagi memenuhi keperluan penduduk serta pembangunan masa hadapan.
Dijangka siap pada Disember 2028, projek berkenaan bakal memberi manfaat kepada penduduk Lawas Damit, sebahagian Merapok hingga ke kawasan tanah tinggi Ba’kelalan.
Awang Tengah menegaskan, pembangunan infrastruktur air merupakan sebahagian daripada perancangan jangka panjang Kerajaan Sarawak bagi memastikan rakyat menikmati kemudahan asas yang lebih stabil dan mencukupi.
Sementara itu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, menyifatkan pembinaan loji dan pemasangan paip baharu sebagai bukti komitmen Kerajaan GPS menangani cabaran bekalan air.
Projek RM160.68 juta ini mencerminkan kesungguhan Awang Tengah memperjuangkan pembangunan Lawas, memastikan kemajuan Sarawak turut dinikmati masyarakat luar bandar dan pedalaman.
#AwangTengah #LawasMembangun #GPSUntukRakyat #SarawakMajuMakmur #BekalanAirLawas #PengalihLakutan #BaKelalan #PembangunanLuarBandar #UtamakanRakyat #TheGreatHornbill
Berita Sarawak, terus ke peti mel anda.
Ringkasan pagi setiap hari bekerja. Tiada spam, berhenti bila-bila masa.



Perbincangan